Pejam celik pejam celik, hari ini sudah 16 hari kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Ini menandakan bahawa separuh bulan telah pun berlalu. Bagaimana dengan amalan kita setakat ni? InsyaAllah mantap-mantap semuanya.
Umumnya apabila sudah masuk hari yang ke-15, bulan pasti akan menunjukkan dirinya secara penuh buat tatapan manusia di bumi. Pendek kata, bulan purnama mesti akan muncul menjelang pertengahan bulan.
Bersempena dengan 15 Ramadan semalam, ahli astronomi dari negara jiran serumpun kita di Borneo iaitu Brunei ada membuat aktiviti mencerap bulan penuh malam tadi.
Gambar: PABDPersatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) pada malam tadi mengambil peluang meninjau bulan penuh bersaiz Perigee atau disebut Perigee Full Moon.
Perigee Full Moon bermaksud bulan penuh di mana kedudukannya sangat rapat dengan bumi ketika itu, iaitu sekitar 356,794 kilometer (221,702 batu).
Jika mengikut takwim astronomi, antara tarikh-tarikh penting ‘kemunculan’ Perigee Full Moon bagi tahun ini adalah seperti berikut:
27 April 2021 (malam tadi): 357,615 kilometer / 222,212 batu
26 Mei 2021: 357,462 kilometer / 222,117 batu
24 Jun 2021: 361,558 kilometer / 224,662 batu
Dijangkakan kemunculan semula bulan penuh akan datang ialah pada 26 Mei ini. Jadi siapa-siapa yang mungkin tak berpeluang melihat bulan penuh malam tadi, boleh nantikannya pada bulan depan kemudian.
Di bawah ini adalah gambar-gambar bulan penuh yang berjaya dirakam PABD:-
Gambar: PABD
Gambar: PABD
Gambar: PABD
Gambar: PABD
Gambar: PABDSumber: Astronomical Society of Brunei Darussalam (PABD) / Earthsky