(Gambar) Dipercayai Ingin Elak Tapir Melintas, Dua Kereta Terlibat Kemalangan By Amira 28 September 2020 8:53am Berita Gambar: Info Roadblock jPJ/Polis Dungun, 28 Sept – Dipercayai gara-gara ingin mengelak seekor tapir yang melintas, dua buah kenderaan mengalami kemalangan di Jalan Bukit Besi di sini.Kemalangan yang dilaporkan berlaku pagi tadi berhampiran Kampung Serdang itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terlibat remuk dibahagian hadapan.Dalam gambar dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis, kelihatan seekor tapir mengalami kecederaan dan pendarahan pada beberapa bahagian badan.Kelihatan darah memenuhi jalan raya sebelum haiwan itu beredar dan duduk di tepi jalan.Gambar: Info Roadblock JPJ/PolisGambar: Info Roadblock JPJ/PolisGambar: Info Roadblock JPJ/PolisGambar: Info Roadblock JPJ/PolisGambar: Info Roadblock JPJ/PolisGambar: Info Roadblock JPJ/PolisRata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib mangsa kemalangan, termasuk tapir yang mengalami kecederaan yang agak teruk.Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis