Gajah ‘Naik Minyak’, Tanduk & Pijak Sami Hingga Mati
Seekor gajah liar dilaporkan telah memijak seorang sami dalam satu kejadian yang dirakam menerusi rakaman litar tertutup CCTV di Wilayah Chanthanaburi di timur Thailand pada Sabtu lalu, lapor The Thaiger.
Pada awalnya kejadian tersebut tidak diketahui, namun salah seorang sami lain yang berjalan di kawasan berkenaan menemui mayat mangsa yang berusia 66 tahun di luar kawasan kuil dengan kesan tapak kaki haiwan itu pada jam 5 pagi.
Lelaki terbabit kemudiannya bertindak memeriksa rakaman CCTV dan mendapati kejadian itu berlaku pada 9.26 malam. Dia kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Memetik laporan The Sun, mangsa dilihat telah dikejar oleh gajah liar itu sebelum ditanduk dan menyebabkannya terbaring di atas tanah.
Gambar: The SunTidak terhenti setakat itu, gajah berkenaan telah memijak mangsa yang ketika itu menjerit meminta tolong sambil bergelut melepaskan diri.
Polis dari Balai Polis Kaeng Hang Maeo mengesahkan bahawa tidak ada suspek lain yang dikaitkan berhubung kematian sami itu.
“Dia kali terakhir dilihat dalam CCTV pada waktu petang ketika gajah itu menyerangnya.
“Sami itu telah meninggal dunia apabila polis dan ambulans tiba, dia tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Gambar: The SunTambahnya, hasil siasatan mendapati bahawa gajah tersebut tinggal di taman negara berhampiran kuil itu.
Sepasukan renjer hidupan liar telah dikerahkan ke kawasan terbabit untuk memantau haiwan tersebut dan menghalang ia dari terus masuk ke kawasan kampung.
Mereka juga percaya bahawa gajah itu berada dalam keadaan ‘musth’ iaitu tempoh di mana ia menunjukkan tingkah laku yang sangat agresif dan mempunyai hormon yang tinggi ketika cuba untuk menarik perhatian pasangan.
Petani Ditemui Maut Disyaki Dipijak Gajah Liar

Terdahulu dalam laporan SK, seorang petani dilapor maut selepas dipijak oleh gajah liar di sempadan Taman Negara Kaeng Kranchan do wilayah Prachuap Khiri Khan tiga minggu lalu.
Dalam laporan tersebut, Pengarah Taman Negara, Pichai Watcharawongpaiboon telah dimaklumkan berkenaan seorang lelaki tempatan yang ditemui mati disyaki dipijak gajah liar.
Pegawai dari Balai Polis Nong Plub, pegawai taman negara, doktor dari Hospital Hua Hin, dan pekerja penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa yang berusia 52 tahun dalam keadaan berlumuran darah di sebelah tiang konkrit.
Pihak polis menyatakan mayatnya cedera parah dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sekitar 10 jam sebelum ketibaan mereka.
BACA JUGA: Petani Ditemui Maut Disyaki Dipijak Gajah Liar
Sumber: The Thaiger, The Sun