Baru-baru ini, Pasukan 10 Briged (Para) di bawah Angkatan Tentera Malaysia telah melaksanakan satu latihan yang dikenali sebagai EKSESAIS GERAK PANTAS yang bertujuan untuk menguji kesiapsiagaan pasukan elit berkenaan.
Melalui perkongsian yang dibuat dilaman facebook Tentera Darat Malaysia, latihan berkenaan berlangsung diantara 18 hingga 28 Oktober 2021 lalu.
Antara latihan dilakukan dalam eksesais kali ini adalah latihan penerjunan dibelakang garisan musuh melibatkan penyusupan taktikal Tim Tinjau Kompeni PANDURA, penerjunan tempur statik dan serta guguran Container Delivery System (CDS) dan Heavy Equipement (HE).
”Dikesempatan yang sama, ketumbukan ini turut diaturgerakkan secara Tactical Air Landed Operation (TALO) dengan melibatkan aturgerak Trup, Kenderaan Tentera dan Aset Persenjataan sepanjang Eksesais berlangsung.
”Ianya juga bertujuan menilai tahap kesiagaan operasi Leading Para Battle Group (LPBG) dan Follow Up Para Battle Group (FUPBG) benar-benar berada di tahap tertinggi untuk di aturgerakkan pada bila-bila masa dan di mana jua,” menurut kenyataan itu lagi.
Tetapi yang paling mencuri tumpuan netizen adalah penglibatan Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal yang turut terlibat dalam latihan berkenaan.
Beberapa keping fotonya yang menggalas beg berisi payung terjun dan fotonya berada dalam pesawat pengangkut dan bersedia untuk melakukan terjunan antara yang paling banyak menerima pujian daripada netizen.




Berikut adalah beberapa keping foto latihan yang dimuat naik oleh facebook Tentera Darat Malaysia.







Sumber: Tentera Darat Malaysia