Gadis Jumpa Buku Resepi Milik Nenek, Ditulis Dalam Jawi

Aina

Tidak seperti zaman sekarang, segalanya hanya dihujung jari. Apa-apa resepi masakan hanya boleh dijumpai di internet.

Beza caranya dengan orang dulu-dulu yang lebih selesa menyimpan resepi-resepi mereka di dalam buku.

Perkongsian daripada Zati Steady telah mendapat perhatian warganet apabila dia baru-baru ini terjumpa resepi arwah neneknya.

Menurutnya, koleksi resepi itu ditulis dalam bahasa jawi. Neneknya, Fatimah binti Ali telah pulang ke rahmatullah pada 2015 lalu.

Sumber: Zati Steady