Wanita Korea naik ets malaysia
Gambar: Seonma Shin
Tiada Kategori

Wanita Korea Selatan ‘Terkejut’, Kongsi Pengalaman Naik ETS Di Malaysia

Iqbal Yasir

Wanita Korea Selatan ‘Terkejut’, Kongsi Pengalaman Naik ETS Di Malaysia

Setiap orang tentunya mempunyai pengalaman tersendiri apabila menaiki pengangkutan awam, khususnya di negara luar.

Begitu juga pelancong dari luar negara luar yang berkunjung di Malaysia, pelbagai gelagat dan perasaan dapat dilihat sewaktu mereka menaiki pengangkutan seperti bas, teksi dan termasuk juga tren.

Begitu juga seorang gadis Korea Selatan baru-baru ini telah menarik perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya menaiki Electric Train Service (ETS) di Malaysia.

Wanita Korea Selatan ‘Terkejut’ Ketika Pertama Kali Naik ETS

Menurutnya yang dikenali sebagai Seonma Shin, ini pengalaman pertama menaiki ETS di negara ini dari KL Sentral menuju ke Ipoh dan meluahkan rasa teruja.

Sewaktu menaiki pengangkutan awam itu, dia ‘terkejut’ apabila melihat pelbagai kemudahan yang disediakan di dalam tren itu dalam keadaan bersih dan selesa.

“Tandas sangat bersih dan selesa,” katanya.

Tambah Seonma, dia tidak menjangkakan bahawa tempat duduk tren it jauh lebih bersih dari apa yang dibayangkannya.

Bahkan, penumpang juga dapat melakukan kerja seperti meletakkan laptop di atas meja di tempat duduk masing-masing.

“Tempat duduk jauh lebih bersih dari apa yang saya bayangkan. Boleh juga guna laptop, ada tempat port pengecasan, tempat menggantung barang dan ruangan kaki yang luas.

“Saya ingatkan takda wifi dalam ini, rupanya ada,” katanya.

Bagi Seonma, pengalaman menaiki tren ETS adalah pilihan yang baik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di dalamnya untuk penumpang.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, sebahagian netizen turut bersetuju dengan perkongsiannya.

Malah ada yang berpendapat bahawa sistem pengangkutan seperti ETS ini perlu dipromosikan kerana memberikan manfaat kepada orang awam.

https://www.facebook.com/reel/988628146690370/?s=single_unit

Sumber: Seonma Shin

BACA: Gadis Jepun ‘Terkejut’, Kongsi Pengalaman Naik Tren Di Malaysia

BACA: Ini 5 “Kod Kecemasan” Yang Digunakan Dalam Pesawat