
Media sosial boleh menjadi pelbagai medium sama ada untuk menyebarkan perkara baik atau buruk. Maka pilihlah untuk sebar dan kongsikan perkara baik yang tidak menyakiti orang lain.
Sesetengah individu yang tidak sensitif terkadang berkongsi perkara negatif demi mengejar likes, share dan followers.
Baru-baru ini tular satu kiriman di Twitter yang memperlihatkan seorang gadis memuat naik gambarnya dan menerima mesej daripada seorang gadis.
Dia mendakwa telah melihat kelibat ayahnya bersama perempuan lain di belakang gambar wanita berkenaan.

Kiriman yang mendapat sebanyak 55,000 ribu ulang kicau dan 369,000 ribu tanda suka itu walau bagaimanapun dipercayai palsu.

Gadis yang memuat naik kiriman itu menjelaskan bahawa individu yang menghantar mesej juga hanya bergurau.
Netizen dilihat sangat kecewa dengan gadis itu yang sebenarnya hanya ingin mengejar likes dan retweet.


Jadi, sentiasa ingatkan diri anda untuk tidak memuatnaik sesuatu perkara yang tidak sahih sehingga mencemarkan nama baik orang lain.
Sumber: Twitter