
Gabungan 360 Imej “Raw”, Pemuda Berjaya Tangkap Gambar Bulan, Dipercayai Paling Cerah & Jelas Setakat Ini
Kawa Mirza juga dikenali dengan nama pengguna daryavaseum, memuat naik foto-foto tersebut di platform Reddit menerusi subreddit r/space pada 1 Oktober lalu dan perkongsian tersebut dengan pantas mencuri tumpuan netizen.
“Salah satu imej bulan yang paling jelas yang pernah diambil oleh saya menerusi teleskop 8 inci,” katanya menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama hantaran berkenaan.
Memetik laporan Newsweek, Kawa mengambil imej tersebut dengan menggunakan sebuah teleskop Celestron NexStar 8SE yang disambungkan dengan kamera Canon EOS 1200D.
“Saya memulakan sesi penggambaran dengan mengambir 360 imej Raw, kemudian dicantumkan dalam satu imej untuk mendedahkan warna dan meningkatkan kadar ketajaman gambar tersebut, sekali gus manjadikan rupa pemukaan Bulan yang ditangkap lebih jelas,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa imej berkenaan adalah imej yang dipangkas dan disunting menggunakan aplikasi Photoshop.
Gambar-gambar berkenaan mendedahkan bahagian-bahagian pada permukaan Bulan dengan jelas, seperti struktur kawah dan sebagainya. Berbeza dengan pandangan mata kasar manusia dari Bumi, warna permukaan Bulan tidaklah kelihatan putih dan kelabu sepenuhnya jika dilihat daripada gambar tersebut.
Setakat 6 Oktober lalu, gambar yang dimuat naik olehnya sudahpun mendapat lebih 62,000 tanda suka dan 1,000 komen daripada pengguna-pengguna Reddit yang lain.

BACA: Lain Dari Yang Lain, Remaja Hasilkan Skala Angkasa Lepas Guna Minecraft, Lengkap Dengan Planet
Sumber: Newsweek