
Anies Baswedan yang merupakan Garbenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta dikatakan memberikan respon positif dan menyokong hasrat Pendakwah Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah yang mahu berdakwah di kelab malam.
Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Anies ketika berjumpa dengan pendakwah terbabit di Masjid Fatahillah, Balai Kota Daerah Ibukota Jakarta.
Gabenor menyatakan bahawa cadangan Gus Miftah itu merupakan salah satu cara untuk memberikan didikan rohani walaupun ketika berada di tempat hiburan.
Gabenor turut menambah bahawa dengan kedatangan pendakwah ditempat itu, moga ia dapat memberikan manfaat kepada semuanya di sana.
“Saya bersyukur dan benar-benar berharap agar suasana di Jakarta ini akan terus membangun, aman dan damai untuk semua.”
Sebelum ini, Gus Miftah telah menyatakan hasratnya dan meminta izin kepada Gabenor untuk berdakwah di kelab malam. Menurut Gus, beliau berniat mahu melaksanakan cadangan itu pada bulan Ogos ini. Beliau turut menulis di laman instagramnya:
“Allah menciptakan Miftah tidak untuk menjadi orang terkenal, tapi untuk mengenalkan Allah bagi mereka yang belum kenal. InsyaAllah saya mahu masuk ‘dunia malam’ yang ada di jakarta memberikan kesempatan kepada mereka untuk bermesraan dengan Allah SWT,”
Gus turut menjelaskan bahawa ramai sebenarnya memiliki keinginan untuk mengenal ajaran agama Islam dengan lebih mendalam. Namun kerap tergendala.
Sumber: CNN Indonesia , Kronologi Id & Metro.Tempo.Co