Gabenor Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta, Anies Baswedan mengisytiharkan darurat selama 14 hari bagi ibu negara Republik itu bermula hari ini (20 Mac).
“Maka hari ini Jakarta diisytihar darurat atas bencana COVID-19.
“Tempoh waktu selama 14 hari dan boleh dilanjutkan mengikut keadaan,” katanya dalam satu sidang media di Balai Kota, di sini hari ini.
Gabenor DKI Jakarta, Anies Baswedan dalam sidang media hari ini. Gambar: CNN IndonesiaDakwanya lagi, status darurat tersebut bermakna seluruh bahagian Pemerintah wilayah DKI Jakarta akan bekerjasama dengan Tentara Nasional Indonesia (TNI) dan Polisi Republik Indonesia (POLRI).
“Kerjasama juga harus diperlukan daripada masyarakat. Sangat berguna untuk melawan penularan wabak COVID-19.
“Saya berharap masyarakat dapat kurangkan aktiviti di luar rumah. Setiap anggota masyarakat sepatutnya bertanggungjawab atas kesihatan diri sendiri dan orang lain. Penjarakkan sosial (social distancing) wajib dilakukan oleh semua. Jika tidak, potensi (jangkitan) akan meningkat,” jelasnya lagi.
Setakat hari ini, Pemerintah pusat mengumumkan sebanyak 369 kes positif COVID-19 di seluruh negara republik itu, 35 daripadanya sudah meninggal dunia dan 17 telah sembuh.
Sumber: CNN Indonesia