Kredit: Viral Muafakat Johor

Foto Petugas Kesihatan Di Hubei Gembira Selepas Tiada Lagi Kes COVID-19 Dilaporkan

Amira

Wuhan, 18 Mac – Selama dua hari berturut-turut, suruhanjaya kesihatan Hubei mengesahkan tiada kes suspek jangkitan baru COVID-19 dicatatkan di wilayah itu.

Menurut Xinhua, wilayah yang menjadi pusat permulaan penularan wabak itu juga bebas kes disyaki pada hari ini.

Berdasarkan laporan itu, tiada kes baru COVID-19 dicatatkan di 16 bandar selain Wuhan dalam tempoh 13 hari berturut-turut.

Penurunan kes itu dipercayai bertitik tolak daripada kejayaan langkah agresif kuarantin di negara berkenaan, kata penolong pengarah Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO), Bruce Aylward.

Namun tambahnya, kejayaan itu turut bergantung kepada pelaksanaan ujian saringan COVID-19 yang ekstensif di negara berkenaan.

Sementara itu, laman Viral Muafakat Johor, turut berkongsi detik gembira didakwa kakitangan barisan hadapan di Hubei berikutan pencapaian tersebut.

Sumber: Xinhua Net, News Scientist, Viral Muafakat Johor