Google Maps adalah sejenis teknologi yang hebat untuk mencari perkara-perkara pelik dan menakjubkan di seluruh dunia.
Namun begitu, Google Maps ini juga dapat membuat pengguna tertarik untuk memahami lebih banyak mengenai insiden global tertentu, seperti sebuah pesawat ‘misteri’ yang dilihat terbengkalai sendirian di padang pasir Libya ini.
Menurut Express.co.uk, gambar pesawat itu dapat dilihat daripada sudut pandangan yang diambil dari satelit Google.
Dalam gambar itu, pesawat yang dipercayai berwarna putih itu dilihat terbengkalai sendirian di tengah padang pasir di kawasan Wadi Bu al Hashm, Libya.
Panas dan cahaya daripada matahari telah membuatkan pesawat terbengkalai ini bersinar, menjadikannya lebih mudah dilihat di lokasi yang pelik itu.

Selain daripada itu, foto Google Earth yang dikongsikan oleh pengguna lain juga menunjukkan bahagian dalam pesawat terbengkalai itu.
Terdapat pintu serta wayar yang berselerak, dengan kerosakan yang dapat dilihat sehingga ke kokpit pesawat.

Pintu kapal terbang itu juga dapat dilihat hancur seakan terkena letupan.
Walaupun kehilangan pesawat MH370 telah membuatkan ramai pengguna Google Maps berusaha untuk menncari pesawat yang hilang itu, namun yang pasti pesawat yang terdapat di Libya ini adalah bukan pesawat MH370.
Pesawat yang terdapat di padang pasir Libya ini terlalu kecil untuk menjadi pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang pada tahun 2014.
Bagi menjawab misteri pesawat tersebut, pengguna Reddit telah berjaya membongkar sejarah pesawat yang terbengkalai ini.
Ramai pengguna menyatakan bahawa walaupun pesawat itu dipercayai terhempas, keadaan badan pesawat itu yang masih utuh juga boleh dikatakan ianya ditinggalkan dengan sengaja atau telah rosak sehingga tidak dapat terbang.
Namun begitu, selepas meneliti, pengguna Reddit percaya bahawa mereka telah menemui kisah menarik di sebalik kapal terbang misteri itu.
“Kerosakan yang tidak dapat diperbaiki dalam kemalangan pendaratan di lapangan terbang Wadi Bu al Hashm, Libya, bukti fotografi menunjukkan bahagian utama bawah pesawat tersebut tercabut dengan kerosakan pada hujung kipasnya,” kata pengguna Reddit.
“Bukti foto pertama muncul pada 6 Oktober 2008, jadi kemalangan itu mesti berlaku sebelum tarikh tersebut.”
“1992 Libya. Yasir Arafat An-26 terhempas pada April 1992 semasa ribut pasir. Daripada 13 nyawa yang berada dalam pesawat tersebut, kedua-dua juruterbang dan seorang jurutera telah terbunuh.”
Pesawat tersebut dipercayai berada di landasan tersebut kerana mengalami masalah semasa cuba untuk melakukan pendaratan kecemasan akibat ribut pasir.
Sumber: Express