Seekor monyet menyentuh hati orang ramai melalui tindakannya mengubah jasad si anak yang dipercayai mati dilanggar kenderaan di lokasi yang tidak dimaklumkan.
Dalam perkongsian oleh laman A Fortress of Fur, kelihatan seekor anak monyet yang masih kecil kaku di atas jalan raya dipercayai dilanggar kenderaan.
Melihat anaknya yang kaku, induk monyet itu kemudiannya mengangkat jasad kecil berkenaan dan membawanya ke tempat lebih selamat.
Haiwan itu turut dilihat ‘mencium’ jasad si anak yang dipercayai tidak lagi bernyawa.
“Ibu yang hancur hatinya mengubah bayi yang tidak bergerak selepas dilanggar kenderaan. Dia cuba menghidupkan semula anaknya dan berharap si anak kembali namun tidak berhasil. Ia sudah terlambat,” tulis laman itu.
“Tolong memandu dengan berhati-hati ketika di jalan. Kita memerlukan lebih papan tanda di jalan kecil yang merentasi habitat hidupan liar.”




Sumber: A Fortress of Fur