
Malaysia, April 5, 2022 – Perkhidmatan penghantaran atas talian terkemuka, foodpanda Malaysia, hari ini mengumumkan pengambilan kedua pandaCUB, sebuah program 2 tahun khas bagi graduan baharu untuk membina kerjaya bersama foodpanda Malaysia. Program yang berasaskan penggiliran ini akan menawarkan peluang kepada bakat muda melalui pengalaman yang mencabar dan juga memberi ganjaran pengalaman semasa bekerja.
Mengulas mengenai inisiatif ini, Sukhveer Singh Ajay, Ketua Sumber Manusia, foodpanda Malaysia berkata, “Sebagai peneraju pasaran dalam q-commerce, kami sentiasa bermotivasi dan komited untuk memperkenalkan program-program baru yang mampu memupuk bakat muda, menyediakan idea baru, dan memastikan foodpanda kekal relevan dengan keadaan semasa. Kami percaya bahawa program pandaCUB ini adalah penting dalam mengembangkan bakat kami untuk masa depan dan kami berharap untuk terus membantu bakat muda untuk berkembang bukan sahaja dari segi profesional tapi dari segi peribadi.”
Program pandaCUB dibuka kepada graduan baharu merupakan murid yang terbaik di dalam kelas masing-masing, dari segi akademik dan sosial, memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.2, dan tidak lebih daripada dua tahun pengalaman bekerja untuk penempatan strategik dalam organisasi foodpanda. Program ini berstruktur dengan pelbagai pengukuran prestasi, termasuk projek kritikal, intervensi pembelajaran dan pembangunan, akses kepada kepimpinan, serta kerjasama serantau dan antarabangsa. Dengan pengalaman di tempat kerja ini, pandaCUB dapat mempertajamkan lagi ketangkasan, daya tahan, dan kemahiran kerjasama mereka yang amat penting dalam persekitaran pekerjaan hari ini.

Sepanjang tempoh 2 tahun, pandaCUB akan menjalani penggiliran selama 6 bulan dan merentas 4 jabatan berbeza, membolehkan mereka mengemudi dan meneroka kerumitan peranan dan tanggungjawab pekerjaan mereka, menangani cabaran dan menerajui projek merentasi fungsi. Para mentor dan buddy juga akan ditugaskan untuk menawarkan sokongan pembangunan profesional serta peribadi, mengukuhkan pertumbuhan dalam organisasi, dan secara keseluruhan mengiringi para pandaCUB dalam perjalanan mereka. Setelah selesai program, pandaCUB ini akan ditetapkan dalam jawatan kekal yang sesuai dalam jabatan tertentu.
Calon yang berminat untuk menyertai pandaCUB 2022 perlu menghantar CV bersama resume video dengan permohonan mereka. Selepas disenarai pendek, calon-calon kemudiannya akan menjalani beberapa penilaian atas talian serta menjalani temuduga akhir, sebelum menerima tawaran untuk menyertai keluarga panda sebagai sebahagian daripada kohort pandaCUB 2022. Program pandaCUB mula menerima permohonan pada 1 April 2022 melalui LinkedIn, Hiredly dan laman web kerjaya foodpanda, dengan kemasukkan dijadualkan pada Ogos 2022.
