lelaki indonesia malaysia
Kredit: URROFI/IG
Tiada Kategori

First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’

Hannah

First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’

Masih ramai yang mungkin belum benar-benar menyedari betapa unik dan mempesonanya Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan.

Namun, bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini, detik pertama menatap keindahannya sering kali menjadi pengalaman yang cukup ‘mengejutkan’.

Tidak hairanlah, semakin ramai pelancong mengakui kagum dengan Malaysia yang memiliki pesona yang sukar dilupakan.

“Bayangkan, bila kita dapat merasakan perkara yang sama di Indonesia?”

Itulah persoalan yang mencuri perhatian ramai, diajukan oleh seorang lelaki yang baru sahaja pulang daripada perjalanannya menjelajah Malaysia.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram, @urrofi menceritakan pengalamannya memandu kereta pacuan empat roda miliknya sendiri mengelilingi Malaysia.

Menurutnya, niat asal hanyalah untuk mengikuti laluan Overland Borneo 360, iaitu laluan darat yang menghubungkan Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Pada awalnya, dia menganggap ia sekadar perjalanan santai untuk menikmati suasana dan pemandangan di sepanjang jalan.

Namun, dia ‘hairan’ apabila hampir setiap laluan yang ditempuh di Malaysia membuatkan dia terpaku.

4 hal ‘mengejutkan’ di Malaysia

Katanya, keadaan jalan raya di Malaysia sangat mengagumkan, permukaannya rata, bebas daripada lubang dan tidak mempunyai cerun ekstrem yang membahayakan pemandu.

Selain itu, dia juga ‘terkejut’ dengan harga bahan bakar di Malaysia yang menurutnya jauh lebih murah berbanding di negaranya.

Lebih mengejutkan, beliau mendapati terdapat lebuh raya yang membentang lebih 2,000 kilometer (Pan Borneo Highway), namun langsung tidak dikenakan tol.

Bukan itu sahaja, etika pemanduan rakyat Malaysia turut mendapat pujiannya. Menurutnya, tiada pemandu yang memonopoli lorong kanan, semua sabar beratur dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling.

Baginya, suasana ini memberikan rasa selamat dan tenang ketika memandu. Malah, dia sempat membayangkan betapa indahnya jika keadaan yang sama dapat dinikmati di Indonesia.

Kredit:

Apabila kisahnya dikongsi di media sosial, ruangan komen dibanjiri pandangan daripada rakyat Indonesia sendiri.

Ramai yang mengakui perbezaan ketara antara infrastruktur serta sikap pemandu di Malaysia berbanding di negara mereka.

Walaupun ada yang mengakui Indonesia masih jauh daripada tahap tersebut, ramai yang berharap keadaan akan bertambah baik dari masa ke masa.

BACA: Pelajar Jepun Teruja Jumpa Tun M, Siap Beratur Nak Salam Tangan

BACA: Gelagat Anak Gunting Rambut ‘Pesakit ICU’, Buat Ramai Terhibur

BACA: Hantar Adik Bongsu Sambung Belajar, “Abang Paling Garang” Gagal Tahan Tangis

Sumber: URROFI/IG