Filipina: Kes Pertama Demam Q Babitkan Kambing Diimport Dari AS
MANILA, 22 Jun (Bernama-PNA) — Jabatan Pertanian-Biro Perindustrian Haiwan (DA-BAI) Filipina pada Jumaat mengesahkan kes pertama demam Q di negara itu membabitkan kambing yang diimport dari Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Demam Q merupakan penyakit zoonotik yang disebabkan bakteria Coxiella burnetii, boleh menular kepada manusia melalui sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti atau najisnya.
Dalam satu sidang media, Pegawai Perkhidmatan Kuarantin Veterinar Nasional BAI, Dr Christian Daquigan berkata 19 sampel dari kambing yang diimport diuji positif demam Q selepas beberapa siri ujian.
Beliau berkata semua kambing yang dijangkiti telah “dihapuskan di ladang terpencil” di Pampanga dan Marinduque untuk memastikan keselamatan haiwan dan manusia.
Malah kambing yang belum diuji juga telah dikurangkan untuk menghapuskan sebarang kemungkinan sumber jangkitan demam Q, katanya.
Setakat ini, sebanyak 94 kambing yang diimport terjejas, lapor PNA.
“BAI mengambil langkah tegas untuk mengawal penyakit ini dan mencegah penularan lanjut,” kata Daquigan.
BACA: Linkin Park Tribute Band Bakal Adakan Konsert Di Malaysia September Ini
BACA: “Nampak Benda Merangkak Dalam Gelap,” Pengunjung Dedah Lihat Kelibat Seram Tepi Pantai
Sumber: Bernama