Filipina: Ibu Berang Dengan Kematian Bayinya Yang Terpisah Dari Penjara

Faiz Mustafa

Kematian bayi berusia tiga bulan yang terpisah dari ibunya akibat telah dipenjarakan tahun lalu mengejutkan Filipina. Reina Mae Nasino, pekerja hak asasi manusia, tidak mengetahui bahawa beliau telah hamil ketika dia ditangkap oleh pihak berkuasa tahun lalu. Dia hanya menyedari hal itu semasa melakukan ujian kesihatan di penjara.

Kurang dari dua bulan bayi tersebut dikeluarkan dari jagaan beliau, Nasino kerap menyuarakan kemarahan terhadap sistem peradilan kerana gagal mengasuh anaknya dengan baik. Dimaklumkan bayi beliau telah meninggal seminggu yang lalu.

Nasino yang berkerja untuk masyarkat miskin bandar di Kadamay telah di tahan pihak berkuasa pada November tahun lalu bersama dua rakan aktivisnya. Polis telah menyerbu pejabat yang menjadi tempat tinggal mereka ketika itu. Mereka telah didakwa kerana memiliki senjata api dan bahan letupan secara haram.

Bayi yang lahir pada 1 Julai itu telah diberi nama River Masino. Meskipun River lahir dalam keadaan berat yang tidak stabil, beliau dan ibunya dibenarkan pulang ke Penjara Manila di mana Nasino telah ditempatkan.

Namun, Pada 13 Ogos lalu, River terpaksa dipisahkan berikutan dengan peraturan yang telah ditetapkan. “ Dia tidak ingin menyerahkan anaknya, dia mahu anaknya tinggal bersama-sama dia” kata Deinla. Disebabkan oleh peraturan Covid-19, Cik Deinla dan rakannya hanya berhubung dengan Nasino melalui panggilan telefon sahaja.

Menurut Cik Lim, Bayi Nasino telag diserahkan jagaannya pada nenek beliau iaitu ibu kepada Nasino. Membimbangkan apabila kesihatan bayi tersebut mula merosot dan mengalami cirit-cirit. Pada 24 November, beliau dimaklumkan bahawa keadaan River semakin merosot namun Nasino masih tidak dibenarkan untuk melawat anaknya.

Minggu lalu, bayi tersebut telah meninggalkan dunia disebabkan oleh penyakit pneumonia. Kematian tersebut mengejutkan ramai rakyat Filipina dan menyatakan kemarahan di atas ketidakadilan terhadap Masino. Walau bagaimanapun, Nasino dibenarkan melawat pengebumian anaknya selama tiga hari oleh mahkamah.

Sumber: BBC