Bekas penyerang pasukan Liverpool dan Chelsea. Fernando Torres telah mengumkan bahawa dirinya mahu bersara.
Pemain berusia 35 tahun yang bermain di Jepun untuk Sagan Tosu sejak meninggalkan Atlético Madrid telah berjaya menjaringkan 81 gol dalam empat musim bersama Liverpool dan memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala FA bersama Chelsea.
Pemenang Piala Dunia ketika bersama Sepanyol pada 2010 itu telah memuatnaik video yang menyatakan ‘isi hatinya’.
Berikutan pengumuman itu, kedua-dua kelab bola sepak gergasi dunia, Liverpool dan Chelsea telah memuatnaik video ‘highlight’ yang memaparkan kejayaan-kejayaan Torres di laman Twitter mereka.
Berita persaraan Torres itu turut menjadi ‘trending’ di Twitter di mana rata-rata peminat bekas penyerang bola sepak Sepanyol itu mengucapkan perhargaan kepada beliau.
Sumber : The Guardian