Orang ramai boleh memeriksa arah kiblat masing-masing ketika fenomena Istiwa A’dzam pada petang ini. Istiwa A’dzam ialah suatu fenomena di mana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bayang-bayang objek tegak akan menunjukkan ke arah Kaabah, sekaligus menandakan arah kiblat.
Ia dijangka bakal berlaku pada jam 12:16 petang (waktu Mekah), bersamaan kira-kira jam 5.16 petang waktu Malaysia.
Fenomena yang diramal berlaku dua kali setahun ini dijangka bakal berlaku kali kedua pada 15 Julai akan datang.


Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan