Umat Islam berpeluang menyemak arah kiblat pada 28 Mei ini ketika berlakunya peristiwa Istiwa A’dzam di mana matahari akan berada tepat di atas Kaabah.
Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak, umat Islam di Malaysia dijangka dapat menyaksikan peristiwa berkenaan pada 5.16 petang Jumaat ini.
“Ia akan berlaku ketika nilai sudut istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Kaabah terletak. Ketika fenomena ini berlaku, bayang objek
tegak di seluruh dunia akan bertepatan dengan arah Qiblat,” tulis kenyataan tersebut.
Gambar: Laman Web Jabatan Mufti Negeri PerakSumber: Jabatan Mufti Negeri Perak