semak arah kiblat
Gambar: BERNAMA

Fenomena Istiwa A’dzam Berlaku 5:28 Petang Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat

Fazidi

Fenomena Istiwa A’dzam Berlaku 5:28 Petang Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui satu hantaran di facebook sebentar tadi memaklumkan bahawa fenomena Istiwa A’dzam akan berlaku pada 5:28 petang, 16 Julai, iaitu hari ini.

Fenomena Istiwa A’dzam merujuk kepada kedudukan Matahari tepat di atas Kaabah dan peristiwa ini hanya berlaku sebanyak dua kali sahaja dalam masa setahun.

Berikutan itu, umat Islam khususnya boleh memanfaatkan peristiwa berkenaan untuk menyemak arah kiblat yang menjadi panduan kedudukan Kaabah di Mekah, Arab Saudi ketika menunaikan solat. Semakan arah kiblat ini boleh dibuat di premis atau rumah kediaman masing-masing.

Semakan arah kiblat ini boleh dibuat dengan menggunakan objek yang tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Selain itu, cuaca yang baik iaitu tidak mendung atau hujan juga diperlukan untuk memastikan bayang-bayang kelihatan dan mudah ditanda.

Bagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa proses menyemak arah kiblat itu dibuat berdasarkan waktu yang diselaraskan dengan waktu sirim. Dengan kata lain, anda perlu menentukan waktu jam di rumah anda sama dengan waktu sirim. Waktu sirim boleh dirujuk disini.

BACA: Kanak-Kanak 11 Tahun Ditemukan Mati Dengan Kesan Jerut, Ibu Ditahan

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan