Gerhana Bulan Separa
Gambar: Bernama

Fenomena Gerhana Bulan Separa Dapat Disaksikan Ahad Ini – Planetarium Negara

Iqbal Yasir

Fenomena Gerhana Bulan Separa Dapat Disaksikan Ahad Ini – Planetarium Negara

Seluruh rakyat Malaysia bakal berpeluang untuk menyaksikan sendiri fenomena Gerhana Bulan Separa pada 20 Oktober (Ahad) ini.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh Planetarium Negara hari ini memaklumkan fenomena itu dijangka berlaku pada jam 3.35 pagi hingga 4.52 pagi waktu Malaysia.

“Pada Ahad, 29 Oktober 2023, seluruh penduduk Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa bermula dari jam 03:35 pagi hingga jam 04:52 pagi apabila bulan terlindung oleh bayang Umbra bumi.

“Gerhana bermula lebih awal iaitu dari jam 02:01 pagi tetapi mengalami fasa Penumbra sehingga jam 03:35 pagi (bulan cerah seperti purnama biasa kerana bayang Penumbra kurang gelap),” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, gerhana diramal mencapai maksimum pada 04:14 pagi dan kemudian diikuti oleh fasa Penumbra semula pada jam 04:52 pagi (bulan cerah seperti purnama biasa semula) dan gerhana tamat sepenuhnya pada jam 06:26 pagi.

Gambar: Planetarium Negara

Gerhana Bulan Separa

Menurut portal Time and Date, Gerhana Bulan Separa berlaku apabila Bumi bergerak antara Matahari dan Bulan Penuh, tetapi ia tidak berada dalam keadaan sejajar dengan tepat.

Hanya sebahagian daripada permukaan Bulan yang kelihatan bergerak ke bahagian gelap bayang-bayang Bumi.

Bagaimana Gerhana Ini Berlaku?

Umumnya, fenomena ini berlaku apabila Bumi bergerak antara Matahari dan Bulan. namun ketiga-tiga planet ini tidak membentuk dalam satu garis lurus di angkasa.

Apabila itu berlaku, sebahagian kecil permukaan Bulan dilitupi oleh bahagian tengah bayang Bumi yang paling gelap (dipanggil umbra). Selebihnya Bulan terlindung oleh bahagian luar bayang-bayang Bumi, (dipanggil penumbra).

BACA JUGA: Jangan Tekan Brek Masa Lalu Bonggol, Ini Sebabnya

Peringkat Gerhana

Gerhana bulan ini mempunyai lima tahap;

1. Gerhana penumbra bermula (Penumbra Bumi mula menutupi permukaan Bulan).

2. Gerhana separa bermula (Umbra Bumi mula bergerak di atas Bulan).

3. Gerhana maksimum (Umbra Bumi meliputi bahagian terbesar Bulan).

4. Gerhana separa berakhir (Umbra Bumi tidak lagi menutupi Bulan).

5. Gerhana Penumbra berakhir (Bumi tidak lagi memberikan bayang-bayang pada Bulan).

Perkara ini menandakan bahawa berakhirnya gerhana ini.

Orientasi Bulan di langit bergantung pada latitud pemerhati. Perkara ini bermakna, gerhana boleh dilihat dalam arah berbeza bergantung pada lokasi.

Peralatan Yang Diperlukan Untuk Melihat Gerhana

Untuk melihat fenomena ini, tiada peralatan khas diperlukan dan orang ramai dapat melihat secara terus berdasarkan tarikh dan masa yang dimaklumkan. Gerhana ini hanya boleh dilihat pada waktu malam. Pun begitu ia juga bergantung pada keadaan cuaca di lokasi anda berada.

Fenomena Pertemuan Planet Zuhal Dengan Bulan

Semalam, orang ramai juga dapat menyaksikan sendiri fenomena pertemuan antara planet Zuhal dengan Bulan dalam keadaan selari di angkasa.

Ketika fenomena itu, bulan dikatakan melepasi kira-kira dua darjah dan 46 minit ke selatan Zuhal selepas Matahari terbenam.

Sumber: Planetarium Negara, Time and Date