Gambar via Bernama

Fenomena Air Pasang Besar Bermula Esok, 11 Lokaliti Di Klang Berisiko Banjir

Eyla Azri

Susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula esok hingga 7 November nanti, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengenal pasti 11 kawasan yang berisiko dilanda banjir.

Memetik laporan Bernama, 11 lokaliti di Klang yang dijangka terlibat banjir adalah:

  • Kampung Tok Muda

  • Kampung Sungai Pinang di Pulau Indah

  • Pandamaran

  • Taman Selat Damai di Pelabuhan Klang

  • Kampung Sungai Serdang

  • Ban Sementa

  • Ban Sungai Keramat

  • Kampung Perepat

  • Pelabuhan Utara

  • Telok Gong

  • Pulau Ketam.

Fenomena air pasang besar ini berlaku ekoran peralihan musim tengkujuh atau monsun Timur Laut di Malaysia yang dijangka bermula 3 November 2021 dan berterusan hingga bulan Mac tahun hadapan. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara dijangka mengalami empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Sumber: Bernama