Pendermaan Jasad Si Mati
Gambar: Jabatan Mufti Negeri Selangor/FB

Fatwa Pendermaan Jasad Untuk Tujuan Penyelidikan

Hannah

Fatwa Pendermaan Jasad Untuk Tujuan Penyelidikan

Isu pendermaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan sering menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya dari sudut hukum Islam.

Justeru, bagi menjawab persoalan tersebut, kami kongsikan penjelasan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor berkaitan fatwa berkaitan pendermaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2014 yang bersidang pada 8 April 2014 bersamaan 8 Jamadil Akhir 1435H memutuskan bahawa:

Pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut:-

i. Prinsip kemuliaan mayat dan kewajiban menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah:

Asal fil’ardul tahrim

Maksudnya: asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan

Kaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi s.a.w:

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا

Maksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, negeri kamu ini. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

ii. Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaan adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut.

iii Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau darurat kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor