Kuala Lumpur, MALAYSIA, 8 Oktober 2022 – Jemput datang bersama keluarga anda! Farm in the City (“FITC”) sedang meraikan 10 tahun berbisnes dengan menganjurkan sebuah karnival penuh dengan keseronokan. Sesuai untuk sekeluarga yang merupakan pencinta haiwan, Karnival ini bermula daripada 8 haribulan Oktober hingga 10 haribulan Oktober 2022.
Setelah sedekad beroperasi, FITC bukan hanya sebuah ladang awam dan zoo haiwan peliharaan, malahan telah menjadi tarikan pelancong utama di negeri Selangor di samping peranannya dalam penyelidikan dan pemuliharaan alam semula jadi dan hidupan liar.
Bercakap mengenai keupayaan Farm In The City untuk menjadi sebutan ramai dalam masyarakat sejak 10 tahun lalu, pengasas FITC Dato’ Allan Phoon, menyatakan:
“Sepanjang 10 tahun perjalanan, pasti ada cabaran dalam mengendalikan Farm In The City. Walau bagaimanapun, cabaran dan kesukaran ini mengajar kami untuk menjadi lebih baik – kami belajar dan menambah baik apa yang kurang; malah kami juga mengenal pasti peluang lain yang dapat meningkatkan dan mengembangkan arena perniagaan kami.”
Di bawah kepimpinannya, keluarga FITC terdiri daripada pasukan profesional yang mahir dalam projek alam semula jadi dan haiwan dengan jaminan hasil kerja yang sangat memuaskan. Sebahagian daripada misi FITC adalah untuk menyampaikan dan mendidik orang ramai tentang habitat, tingkah laku dan taburan geografi haiwan dalam landskap global, ini juga secara berterusan telah mempromosikan pendidikan tentang hidupan liar dan alam sekitar melalui program yang direka teliti untuk pelajar tempatan dan luar negara dari semua peringkat umur mengenai tema pemuliharaan dan pemeliharaan.
Berkonsepkan bebas daripada sangkar, Taman ini membenarkan kebanyakan haiwan berkeliaran bebas di dalam kandang khas dengan suasana seolah-olah sama dengan persekitaran habitat semula jadi mereka.
Atas usaha mereka, ladang ini telah dianggap myTQA ‘Certified’ dan memenangi beberapa anugerah seperti anugerah produk Sin Chew, serta pemegang rekod untuk ‘Most Animals Species In A Petting Zoo’ oleh Malaysian Book of Records.


Hari pertama Karnival melihat sejumlah 2000 ribu pengunjung yang datang untuk meraikan 10 tahun bersama Farm In The City dan karnival in dilancarkan oleh:
YANG AMAT MULIA TENGKU SHARIFFUDDIN SHAH BIN TENGKU SULAIMAN SHAH
A representative of
YANG AMAT MULIA TENGKU SULAIMAN SHAH AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ (Y.A.M. TENGKU LAKSAMANA SELANGOR)
DATO’PHOON CHEE NEO
PENGARAH URUSAN / MANAGING DIRECTOR, FARM IN THE CITY
3.DATO’PHOON HOON YEONG J.P.
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / CHIEF EXECUTIVE OFFICER, FARM IN THE CITY
ENCIK. MUHAMMAD FAUZAN BIN MUHAMAD ZUBER
PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN TAMAN ZOOLOGI / ASSISTANT DIRECTOR OF WILDLIFE DEPARTMENT
Representative from
IBU PEJABAT PERHILITAN MALAYSIA / PERHILITAN HQ
PUAN. AZILINA AZNI ZAINAL ABIDIN
TIMBALAN PENGARAH KANAN, BAHAGIAN DOSMESTIK & ACARA / SENIOR DEPUTY DIRECTOR, DOMESTIC & EVENTS DIVISION
Representative from
MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD (MTPB)
ENCIK. NOOR HASRELL HASSAN, PEGAWAI BAHAGIAN PEMBANGUNAN IDUSTRI
Representative of
KETUA SETIAUSAHA / SECRETARY GENERAL
KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC)
PUAN RASYIDAH BINTI JOHAN
PENYAMPAI BERITA MANDARIN DAN PENGACARA TV / CHINESE NEWSCASTER AND TV HOST
ENCIK. JACK LIM
DJ, PELAKON, PENGACARA TV, MOVIE PRODUCER / DJ, ACTOR, TV HOST, MOVIE PRODUCER
9. PUAN ANGELA CHAN, ACTRESS
PROF MADYA DATO’ DR. VELLAYAN A/L SUBRAMANIAM, VET MALAYSIA
Penuhi hari anda dengan aktiviti menyeronokkan yang tersedia seperti pertunjukan silap mata yang mengagumkan, penampilan badut dan maskot istimewa, dan banyak lagi. Jangan lupa juga untuk mencuba nasib anda di ‘booth’ permainan dan trak makanan.
Selain itu, FITC juga akan mengadakan promosi diskaun istimewa pembelian tiket untuk pengunjungnya di mana orang dewasa boleh menikmati diskaun RM10 daripada harga tiket mereka manakala bagi tiket kanak-kanak, hanya RM10 untuk masa terhad sahaja.
Mari beramai-ramai menyaksikan karnival khas ini kerana ia pasti akan menjadi acara yang anda tidak mahu ketinggalan!