FAM tak boleh berdiam diri
Kredit: Bernama

FAM Tak Boleh Berdiam Diri, Jawab Secara Jelas Tentang Pendedahan FIFA – Hannah

Sofea

FAM Tak Boleh Berdiam Diri, Jawab Secara Jelas Tentang Pendedahan FIFA – Hannah

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri dan mesti menjawab dengan jelas mengenai segala pendedahan yang dibuat oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),

Hannah berkata sedemikian selepas membaca alasan penghakiman yang telah dikeluarkan di laman web FIFA hari ini.

Menurutnya, FAM juga perlu melengkapkan proses rayuan dan mengumumkan hasrat untuk merayu dan memfailkannya.

“Penyokong bola sepak tanah air berasa terluka, mara dan kecewa.

“Kita juga tidak boleh melupakan pasukan Harimau Malaya yang akan menentang Laos minggu ini. Kepada pemain Malaysia, kami sentiasa bersama anda,” katanya.

Terdahulu, FIFA telah mendedahkan hasil siasatan berhubung asal usul tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Menurut laporan yang diterbitkan di dalam laman web, terdapat percanggahan maklumat yang dikesan oleh FIFA berkaitan dokumen yang telah diberikan FAM kepada mereka.

Maklumat yang diperolehi FIFA tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar ketujuh-tujuh pemain itu.

Dokumen asal yang dipaparkan menunjukkan datuk atau nenek tujuh pemain ‘Malaysian Abroad’ itu tidak dilahirkan di Malaysia.

BACA: FIFA Dedah Asal Usul 7 Pemain Warisan Harimau Malaya

BACA JUGA: FAM Sahkan Masih Tunggu Dokumen Penuh FIFA Sebelum Kemuka Rayuan

FIFA juga menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya mengeluarkan salinan berdasarkan maklumat sekunder yang diserahkan kepada mereka, bukan berpandukan rekod kelahiran asal.

Sebelum ini, FIFA memutuskan untuk mendenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) susulan didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.

Tujuh pemain iaitu Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano juga berdepan penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak bermula tarikh yang dimaklumkan.

Pendedahan ini sekali lagi membuatkan peminat Harimau Malaya kecewa dan menggesa agar FAM membuat rayuan dan mengemukakan bukti sahih kepada FIFA.

Sumber: Hannah Yeoh