
Faisal Halim Kembali Beraksi Malam Ini?
Kelab Bola Sepak Selangor seakan memberi bayangan bahawa pemain bola sepak profesional yang juga pemain sayap pasukan itu, Faisal Halim bakal kembali beraksi di atas padang.
Sebuah video yang dikaburkan telah dimuat naik oleh kelab tersebut menerusi laman media sosial menunjukkan seorang pemain bola sepak dipercayai Faisal Halim ligat menjalani latihan bersama ahli pasukan yang lain.
“Guess who’s back?” kata kelab tersebut menerusi platform X dengan menggunakan tanda palang #JusticeForFaisalHalim.
Terdahulu, kelab tersebut turut memuat naik video seorang pemain bola memakai topeng berwarna hitam.
Namun, pihak kelab tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara terbabit.
Selangor FC dijadualkan akan berdepan dengan Terengganu FC dalam perlawanan pada jam 9.00 malam ini. Adakah persoalan tersebut akan terjawab dalam perlawanan malam ini? Sama-sama kita nantikan.
Beberapa hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Selangor, Johan Kamal Hamidon berkata, pergerakan tangan kiri Faisal masih belum pulih 100 peratus akibat kecederaan melecur disimbah asid sebelum ini, lapor Sinar Harian.
Selain menjalani rawatan fisioterapi, pemain bola sepak itu turut menjalani senaman menguatkan paru-paru bagi mendapatkan kecergasan semula.
“Memang Faisal sedang fokus kepada pemulihan beliau. Sekarang ini masih buat fisio sebab pergerakan tangan masih belum 100 peratus. Perkara ini mungkin ambil masa sedikit tetapi beliau sudah mula menjalankan aktiviti yang berkaitan.
Faisal halim kembali beraksi jika tangan pulih
“Perkara ini (bila beliau akan kembali beraksi) saya pun tak sempat dapat maklum balas daripada doktor. Susah nak cakap dan ia bergantung kepada berapa cepat proses pemulihan untuk mendapat fungsi penuh tangannya.
“Jika tangannya itu dapat segera pulih, maka dia akan dapat kembali bersama pasukan lebih awal. Buat masa ini kita ambil pendekatan memantau secara ‘day to day basis’,” katanya.
BACA: Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas – Shahril