fadhlina SMK Jalan Reko
Gambar: Fadhlina Sidek/FB

Fadhlina Kongsi Sesi Kunjungan Ke SMK Jalan Reko

Hannah

Fadhlina Kongsi Sesi Kunjungan Ke SMK Jalan Reko

“YB, lama dah nak luah.”

“YB, dengarlah luahan kami ni.”

Demikianlah suara yang menyambut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika mengadakan kunjungan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko baru-baru ini.

Bagi beliau, keluarga besar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangkumi semua pihak, termasuk guru, pentadbir dan anak-anak murid, yang kesemuanya perlu diberikan perhatian.

Menurut Fadhlina, SMK Jalan Reko kini mempunyai lebih 1,700 orang murid termasuk murid daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Secara keseluruhan, pengoperasian sekolah berada dalam keadaan baik, namun terdapat beberapa aspek yang memerlukan penambahbaikan.

Dalam lawatan tersebut, beliau meninjau pelbagai kemudahan termasuk bilik darjah, bilik PPKI, surau, kantin, tandas, padang permainan serta ruang-ruang lain di sekolah berkenaan.

Beliau turut mengambil peluang berbincang dengan guru-guru mengenai isu kehadiran murid ke sekolah, perihal disiplin serta langkah-langkah meningkatkan pencapaian akademik.

Dalam pada itu, bagi memastikan keselesaan seluruh warga sekolah, Fadhlina mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk tujuan penyelenggaraan kemudahan di SMK Jalan Reko.

Selain itu, sumbangan papan pintar turut diberikan bagi meningkatkan interaktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Tiada apa yang lebih penting selain memastikan kualiti pendidikan di semua sekolah dapat terus ditingkatkan demi manfaat semua,” tegas Fadhlina.

BACA: TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Terlibat Kemalangan

Sumber: Fadhlina Sidek