Gambar: Fad/Achey

“Fad, Achey, Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau”- Arwah Abam

Amira

Sehari selepas pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey), sahabat karibnya, Achey memuatnaik kiriman di laman Instagram.

Menurutnya, Allahyarham pernah menitipkan pesanan kepadanya dan Fad Bocey agar mengebumikannya jika dia meninggal dunia.

Ucapan itu ditulis ketika hari lahirnya pada 19 Januari lalu.

Telah aku tunaikan bamm… Walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan,” tulis Achey pada ruangan kapsyen.

Sumber: Achey