Wartawan terkenal yang diberi jolokan lelaki Itali paling dipercayai, Fabrizio Romano mengesahkan bintang bola sepak yang dianggap ramai sebagai pemain tebaik di dunia, Lionel Messi sudahpun mencapai kata sepakat untuk beraksi dengan gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain untuk saingan musim seterusnya.
Menerusi perkongsian tersebut, ia sekaligus menamatkan tanda-tanya mengenai masa depan bekas pemain Barcelona yang juga lagenda kelab gergasi La Liga itu.
Menurut Fabrizio Romano, Messi bersetuju menandatangani kontrak selama 2 tahun dengan pilihan untuk disambung sehingga 2024.
Messi bakal menerima gaji tahunan berjumlah 35 juta Euro termasuk bonus tambahan. Beliau dijangka akan terbang ke bumi Perancis dalam masa beberapa jam lagi.