ets3 mula beroperasi hari ini
Gambar: Bernama

ETS3 Johor Bahru-KL Sentral Mula Beroperasi Hari Ini

Iqbal Yasir

ETS3 Johor Bahru-KL Sentral Mula Beroperasi Hari Ini

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan KL Sentral-Johor Bahru mula beroperasi pada 12 Disember hari ini.

Menerusi tinjauan Bernama dalam satu klip memaparkan tren yang membawa seramai 233 penumpang dari KL Sentral, tiba di JB Sentral sekitar jam 12.20 tengah hari ini.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk perkenan merasmikan perkhidmatan baharu berkenaan di Johor Bahru pada Khamis semalam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata fokus awal operasi ETS3 itu adalah laluan Johor Bahru–Kuala Lumpur bagi memastikan kekerapan tinggi berbanding laluan lebih panjang.

Kalau jarak itu terlalu panjang dan perkhidmatan terlalu panjang (sehingga ke utara), satu hari kami hanya boleh buat dua trip, satu naik dan satu turun.

“Jadi, kalau perjalanan lebih pendek seperti Johor Bahru ke Kuala Lumpur, akan ada banyak kekerapan (tren),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Rel Kluang 2025 di Laman Rel Mahkota di sini semalam.

Laluan ETS3 dari Kuala Lumpur ke Kluang telah dilancarkan pada Ogos lepas.

Semasa pelancaran itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk memandu sendiri tren ETS3 yang berkeupayaan mencecah kelajuan operasi hingga 140 km/j itu dari KL Sentral menuju ke Stesen Kluang.

Sumber: Bernama

BACA: ETS3 Mula Operasi KL-Kluang-KL 30 Ogos Ini – Loke

BACA: ETS3 Johor Bahru-KL Sentral Dijangka Mula Operasi 12 Dis Ini – Loke