ernie zakri bintang paling popular
Kredit: Bernama

Ernie Zakri Bintang Paling Popular

Sofea

Ernie Zakri Bintang Paling Popular

Penyanyi, Ernie Zakri telah meraih anugerah Bintang Paling Popular dalam satu anugerah berprestij malam ini, lapor Astro Gempak.

Ernie mendapat undian sebanyak 124 juta sekaligus melayakkannya untuk membawa pulang trofi Bintang Paling Popular dan hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Sementara itu, Ernie berkata dia sama sekali tidak menyangka akan memenangi anugerah tersebut.

BACA: Aina Abdul Dinobat Sebagai Bintang Paling Popular

“Saya nak balik tadi sebab tak terfikir akan menang. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Jauh sungguh fikiran saya untuk dapat anugerah ini tapi saya memang tak boleh nak cakap.

“Doakan saya supaya saya dapat buat yang lebih baik,” katanya.

Dalam majlis anugerah yang sama, Ernie turut berjaya mendapat anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Sumber: Astro Gempak