
Energea, jenama aksesori teknologi berteraskan gaya hidup, bersama rakan tempatan Global Synergy Concepts Sdn Bhd (GSC), secara rasmi memperkenalkan dua inovasi utama ke pasaran: Koleksi Tangerine yang bergaya, serta Hybrid-Solid State Powerbank yang terkini.
Berteraskan tema ‘Power Your World’, pelancaran ini mencerminkan komitmen Energea dalam memperkasa gaya hidup moden melalui rekaan, inovasi dan keselamatan.

Di Energea, kuasa melangkaui sekadar pengecasan; ia mengenai memperkasa setiap detik dan membuka ruang kemungkinan. Menerusi rekaan berteraskan tren, ciri keselamatan yang dipertingkat, serta inovasi pintar, Energea menghasilkan kelengkapan teknologi yang memastikan orang ramai kekal berhubung, terlindung dan bergaya di mana jua kehidupan membawa mereka. ‘Power Your World’ melambangkan misi ini.


Koleksi Tangerine menampilkan semula aksesori paling digemari Energea dengan sentuhan menonjol dan ekspresif. Lebih daripada sekadar rona baharu, warna Tangerine menyuntik gaya dan personaliti ke dalam teknologi harian, menjadikan kelengkapan fungsian sebagai lambang keyakinan dan keperibadian.
Koleksi ini direka khas untuk mereka yang mahukan aksesori teknologi bukan sahaja memberikan prestasi terbaik, malah turut mencerminkan gaya hidup peribadi mereka.
Antara tarikan utama dalam koleksi ini termasuklah:
AluPac Mini 5K dan AluPac 10K: Powerbank tanpa wayar bermagnet yang ultra-kompak, diperbuat daripada aluminium tahan lasak dan melekap dengan kukuh pada telefon anda bagi memudahkan pengecasan mudah alih tanpa kerumitan.
AluMag Trio: Pengecas tanpa wayar aluminium premium boleh lipat 3-dalam-1 dengan teknologi Qi2, direka untuk pengembara moden yang mementingkan prestasi serta kemudahan mudah alih.
TravelGo Adapter 35: Rakan pengecasan bersaiz poket yang ultra-ringan dengan palam boleh tukar terbina dalam, menawarkan kemudahan sejagat untuk kegunaan global.
Bagi memperluas Koleksi Tangerine, Energea memperkenalkan dua tambahan baharu yang direka untuk mempertingkat pengalaman teknologi harian. Flow Duo Watch ialah kabel USB-C pengecasan pantas serba guna dengan pengecas Apple Watch terbina dalam, dibalut anyaman nilon sentuhan lembut dalam pelbagai warna menarik.
Sementara itu, MagAudio Go Plus menawarkan pengalaman audio mengasyikkan melalui pembesar suara magnetik tanpa wayar bersaiz kompak, yang turut boleh mengecas telefon anda secara wayarles apabila disambungkan kepada pengecas. Bateri terbina dalamnya menyediakan sehingga 15 jam main balik muzik untuk pendengaran berterusan ketika dalam perjalanan.

Energea turut memperkenalkan MagPac Pro 35s Hybrid-Solid State Powerbank, antara yang pertama seumpamanya dilancarkan di pasaran Malaysia. Dihasilkan dengan teknologi bateri yang sama digunakan dalam kenderaan elektrik premium, MagPac Pro 35s menggantikan elektrolit cecair mudah meruap dengan bahan keadaan pepejal bagi memberikan tahap keselamatan, kestabilan dan ketahanan yang lebih tinggi.

Berbeza dengan powerbank litium-ion konvensional, ia kekal berfungsi walaupun selepas terjatuh, tertusuk atau terdedah kepada hentakan tertentu dengan menarik kuasa daripada baki tenaga yang tersimpan. Ia juga menawarkan sehingga dua kali ganda kitaran pengecasan untuk prestasi yang lebih tahan lama.

Dengan kapasiti 10,000mAh, pengecasan pantas tanpa wayar Qi2, kabel terbina dalam, tapak boleh laras ketinggian, serta pengecasan berwayar pantas 35W, MagPac Pro 35s memberikan ketenangan minda tanpa mengorbankan kuasa mahupun mudah alih.
Kamen Ng, Pengarah Urusan Energea, berkata “Teknologi kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Oleh itu, ia perlu tampil bergaya, berfungsi dengan lancar dan yang paling penting, selamat digunakan.

Dengan pelancaran ini, kami menggabungkan rekaan yang teliti dengan prestasi yang dioptimumkan untuk menawarkan teknologi yang boleh dipercayai, melengkapi gaya hidup pengguna, sambil memastikan mereka kekal berhubung dan dilindungi.”
Calvin Ng, Pengarah Urusan Global Synergy Concepts Sdn Bhd (GSC), menekankan kepentingan keselamatan dan ketulenan. “Di Global Synergy Concepts, kami sentiasa mendahului arus teknologi untuk memastikan produk yang ditawarkan berkualiti tinggi, asli dan mudah diakses.
Energea telah meningkatkan lagi penawarannya dengan nilai tambah melalui ketahanan, rekaan tulen serta inovasi. Kerjasama ini memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati aksesori teknologi yang benar-benar melengkapi kehidupan harian mereka.”

Dengan inovasi, keselamatan dan integrasi gaya hidup sebagai teras, Energea terus mentakrifkan semula bagaimana aksesori teknologi memperkasa pengguna masa kini.
Daripada rekaan berani seperti Koleksi Tangerine hinggalah kepada solusi keselamatan inovatif seperti MagPac Pro 35s Hybrid-Solid State Powerbank, jenama ini bersedia untuk memperkukuh kehadirannya di Malaysia.
Koleksi ini akan mula ditawarkan bermula November, secara dalam talian dan luar talian, melalui laman e-dagang termasuk Lazada, Shopee dan TikTok Shop, serta rakan runcit seperti Machines, Switch, Harvey Norman, TMT, BEST Denki, iT World, Store by C-Zone, Maxis dan Digicelcom.
Untuk maklumat lanjut mengenai Energea, sila layari https://goenergea.com/.