Syarikat pembekal TV kabel Filipina, Orient Cable bakal berdepan tindakan undang-undang apabila menyiarkan filem cetak rompak blockbuster Avengers: Endgame di saluran TV mereka sehari selepas filem tersebut ditayangkan.
Stesen tersebut membekalkan siaran bagi daerah Dipolog dalam wilayah Zamboanga del Norte, Filipina yang mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 130,000 orang.
Kredit: The VergeTeatro de Dapitan, pemilik rangkaian pawagam di negara itu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan bakal mendakwa stesen TV berkenaan di bawah akta Akta Anti-Camcording 2010. Berhubung laporan itu, Orient Cable menarik semula siarannya dan menggantikan slot tersebut dengan filem tempatan, Captain Barbell yang juga merupakan versi cetak rompak.
Selain itu, syarikat tersebut turut melanggar Kod Harta Intelek Filipina dan Akta Pencegahan Jenayah Siber. Jika sabit kesalahan, syarikat tersebut akan berhadapan denda USD $ 30,000 bersamaan kira-kira RM 120,000.
Avengers: Endgame telah memecahkan rekod global dengan menjadi filem pertama berjaya meraih USD $1.2 billion bersamaan RM 4.9 bilion dalam minggu pertama tayangan yang mana separuh daripada kutipan tersebut hasil kutipan dari China berjumlah USD$ 500 juta.
Tindakan syarikat tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat tempatan dan peminat antarabangsa filem tersebut.



Sumber: Daily Mail, Indiewire, The Verge