Moscow : Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 14 lagi cedera, selepas sebuah empangan runtuh di daerah Kuraginsky di wilayah Krasnoyarsk, Rusia, Sabtu lalu, memetik media tempatan lapor agensi berita Xinhua.
“Nasib 10 lagi mangsa masih tidak diketahui,” kata Kementerian Kecemasan Rusia.
Pejabat serantau Kementerian Kecemasan berkata empangan di sebuah takungan air terletak di lombong emas runtuh pada Sabtu pagi, membanjiri dua asrama pekerja sementara.
Menurut laporan, 41 anggota penyelamat dan 12 unit jentera terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Unit udara dengan helikopter telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sumber : Bernama