enam negeri dua wilayah
Kredit: Image FX
Tiada Kategori

Enam Negeri, Dua Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Sofea

Enam Negeri, Dua Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, jabatan itu memaklumkan bahawa amaran dikeluarkan di negeri Perak iaitu di Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, di Kelantan pula hanya melibatkan daerah Gua Musang. Manakala di Pahang, keadaan cuaca buruk diramal akan dialami di daerah Jerantut dan Maran.

“Bagi negeri Selangor, daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang dijangka akan hujan lebat.

“Amaran turut membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

Beralih ke negeri Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Miri (Subis) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia lagi.

Sumber: Malaysian Meteorological Department