
Enam Negeri Diramal Hujan Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.
“Di Terengganu, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang pula seperti Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, di Selangor, negeri yang terlibat adalah Hulu Langat. Sementara itu, beberapa kawasan seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan diramal hujan petang ini.
“Bagi Johor, kawasan yang terlibat adalah Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sabah, kawasan yang dijangka hujan adalah Pedalaman (Sipitang),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia