
Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga jam 2 pagi ini.
Menurut kenyataan, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala beberapa daerah di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Bera dan Rompin manakala di Selangor pula hanya Hulu Selangor dan Gombak.
“Selain itu, di Negeri Sembilan beberapa kawasan di ramal hujan seperti Jempol dan Tampin sementara daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor.
“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan seperti Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.
“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” kata METMalaysia.
Difahamkan, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia