
Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Johor, Sarawak, Sabah diramal hujan. Manakala seluruh negeri Pulau Pinang turut diramal hujan.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Bagan Datuk.
“Selain itu, di Johor antara daerah yang diramal hujan adalah Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat seperti Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong).
“Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat,” maklum kenyataan itu.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia