Menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada hari ini, terdapat sebanyak enam kluster baharu yang dikesan iaitu Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Sugud, Kluster Tapak Bina Jalan Tengah, Kluster Persiaran Heights, Kluster Tembok Gajah dan Kluster Utama Rini.
Berikut merupakan perincian bagi semua kluster tersebut
KLUSTER TAPAK BINA LEBUH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 285 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SUGUD
Kluster ini melibatkan daerah Penampang dan Papar di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-60068) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 November 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAPAK BINA JALAN TENGAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 245 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERSIARAN HEIGHTS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84673 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TEMBOK GAJAH
Kluster ini melibatkan daerah Kluang di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87833) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER UTAMA RINI
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-80177) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 18 Disember 2020, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini
Sumber: KP Kesihatan