Pos Malaysia Berhad memaklumkan bahawa sebanyak enam cawangan Pos Malaysia di Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan ditutup berikutan banjir yang berlaku di semua negeri itu.
Menerusi kenyataan di Twitter, Pos Malaysia berkata kelewatan dan gangguan perkhidmatan di kawasan-kawasan yang terjejas dijangkan akan berlaku.
“Kami sedang berusaha dengan gigih bagi memastikan penghantaran bungkusan dan mel anda dilakukan secepat mungkin,” kata Pos Malaysia.
Bagi mengetahui senarai terkini cawangan-cawangan Pos Malaysia yang terjejas, layari https://bit.ly/posoutletsareopen.
Selain itu, untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pos Malaysia menerusi AskPos di www.pos.com.my atau di aplikasi mudah alih Pos Malaysia.
Sumber: Pos Malaysia Berhad