Kredit: RTHK & AFP

Empat Terkorban, Tiga Parah Banjir Kilat Di China

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Empat orang telah terbunuh, manakala sembilan lagi mengalami kecederaan dalam satu kejadian banjir kilat di barat daya China pada Sabtu (13 Ogos), menurut pihak berkuasa tempatan.

Terdapat beberapa rakaman yang diterbitkan oleh media China, menunjukkan paras air naik dengan cepat di sungai yang terletak pada pinggir bandar Pengzhou, wilayah Sichuan.

Sebelum insiden tersebut berlaku, terdapat beberapa orang pelancong yang bermain di air cetek pada mulanya. Kemudian, mereka dilihat berlari menyelamatkan diri dan memanjat batu ketika air meluru ke arah mereka, namun ada yang tidak sempat sampai ke tebing sungai.

Kredit: RTHK

Sekurang-kurangnya seorang wanita ditemui terdampar di atas batu yang terletak di tengah sungai. Wanita itu kelihatan seperti kehilangan kakinya dan dibawa arus, menurut satu video yang disiarkan atas talian oleh Beijing Youth Daily.

“Sehingga 7.30 malam, banjir gunung tersebut telah mengorbankan empat orang, tiga cedera parah dan enam lagi cedera ringan,” respons pihak berkuasa kecemasan Pengzhou dalam satu kenyataan.

Kredit: AFP

Banjir tersebut berlaku ketika musim panas di China, di mana beberapa bandar termasuk Shanghai merekodkan hari terpanas mereka semasa gelombang haba pada bulan Julai.

Para saintis berkata cuaca ekstrem di seluruh dunia telah menjadi lebih kerap disebabkan oleh perubahan iklim, dan berkemungkinan akan menjadi lebih dahsyat apabila suhu global meningkat.

Balai cerap di China mengeluarkan amaran merah untuk suhu tinggi kerana terdapat jangkaan suhu melonjak melepasi 40 darjah Celsius merentasi kawasan negara itu pada hujung minggu ini, lapor agensi berita Xinhua pada hari Sabtu.

Sebelum ini, banjir kilat di selatan China pada Jun lalu telah menyebabkan lebih setengah juta orang penduduk kehilangan tempat tinggal dan kerugian ekonomi dianggarkan dalam AS$250 juta (RM 1111.125 juta).

Sumber: Channel News Asia