
Kelahiran insan baharu dalam keluarga mampu mendatangkan rasa teruja dalam bagi semua ahlinya. Lagi-lagi, jika insan yang hadir tersebut merupakan cahaya mata pertama bagi pasangan suami isteri yang sudah sekian laman menanti.
Selain itu, kanak-kanak juga merupakan golongan yang paling teruja apabila mereka dikhabarkan terdapat penambahan ahli dalam adik beradik mereka.
Begitulah kisah yang dapat dilihat melalui video TikTok milik pengguna @HaziqDSubhi yang merupakan seorang peguam syarie. Dalam video yang berdurasi satu minit enam saat itu, Encik Haziq merakam gelagat anak sulungnya apabila bertemu dengan adik perempuannya buat kali pertama.
Untuk makluman, anak perempuan Encik Haziq merupakan anak kedua daripada keluarga tersebut serta dilahirkan empat tahun selepas kelahiran anak sulungnya.
Si abang kelihatan menangis ketika melihat adik perempuannya buat kali pertama dan dilihat mengesat air mata kegembiraan yang mengalir di pipi.
Kemudian, dia berjalan menuju ke arah Encik Haziq dan memeluknya. Ketika itu, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada bapanya kerana telah menjaga keluarga tersebut.
“Thank you papa tolong jaga,”
Terharu dengan ucapan yang dilontarkan oleh anak sulungnya itu, Encik Haziq kemudian membalas pelukan si abang.
“Eh, memang papa kena jaga semua,” kata Encik Haziq.
Seterusnya, Encik Haziq meminta anak sulungnya untuk mengesatkan air matanya dan pergi ke arah adik perempuan yang baru sahaja dilahirkan.
Anak sulungnya mencuit pipi adik perempuannya yang sangat comel itu. Bukan itu sahaja, dia turut mencium dahi adiknya dan memeluknya dengan penuh kasih sayang.
Video ini telah mendapat perhatian warganet dengan 212.3k tanda suka, 6563 komen dan dikongsi sebanyak 6321 kali setakat ini. Secara keseluruhan, video yang mencairkan hati warganet meraih sebanyak 1.9 juta jumlah tontonan.
Rata-rata, para warganet sangat tersentuh dengan tindakan anak sulung Encik Haziq yang kelihatan sangat teruja untuk menyambut kehadiran adik perempuan dalam hidupnya.






Tindakan yang menyentuh perasaan ini merupakan hasil didikan yang baik daripada kedua ibu bapanya. Kisah ini wajar dijadikan teladan kepada kita semua untuk menitikberatkan rasa cinta akan keluarga demi memastikan keutuhan institusi kekeluargaan terus terjaga.
Terima kasih Encik Haziq atas perkongsian dan semoga anda sekeluarga terus sukses dan bahagia selama-lamanya.
BACA: Hilang Penat Balik Kerja, Ayah Tersenyum Tengok Anak Teruja “Unboxing” Hadiah Mainan
Sumber: @haziqdsubhi via TikTok