Sekolah merupakan tempat untuk anak-anak menimba ilmu. Sudah menjadi suatu kewajiban kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah demi jaminan ilmu dan masa depan.
Semasa COVID-19 melanda ini, aktiviti pembelajaran dijalankan dalam bentuk atas talian. Hampir kesemua murid perlu bergantung kepada bantuan teknologi seperti komputer, rangkaian internet dan sebagainya.
Namun, setelah kerajaan mengisytiharkan negara ini menuju ke fasa endemik, sesi persekolahan akhirnya kembali dijalankan secara fizikal di sekolah. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Meskipun pelbagai SOP dipraktikkan, namun tidak mustahil ia akan menimbulkan sedikit keresahan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Apatah lagi wabak belum berakhir sepenuhnya.
Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil langkah yang efektif supaya anak-anak selamat sepanjang berada di sekolah. Untuk itu, Hello Doktor ada perkongsiannya. Semoga bermanfaat.
Sekolah Dibuka? Ini 4 Rutin Penting Anak Kena Amalkan Elak COVID-19
Gambar via Hello DoktorBerbeza dengan keadaan sebelum dilanda COVID-19, apabila sekolah dibuka bukan sahaja anak-anak yang tampak seronok, bahkan ibu bapa juga tidak terkecuali.
Namun kini situasi agak berlainan. Menghantar anak ketika dunia masih lagi dalam ‘perang’ melawan COVID-19, pastinya wujud kebimbangan di hati ibu bapa mengenai keadaan mereka ketika berada di sekolah.
Seperkara yang pasti, hidup mesti kita teruskan. Ibu bapa akan kembali bekerja seperti biasa, begitu juga dengan anak-anak yang kebanyakannya akan ke sekolah semula.
Pilihan yang ada kini adalah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa tetapi masih mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam endemik COVID-19.
Jom ketahui checklist anak masuk sekolah yang penting untuk disediakan!
Sekolah dibuka: Checklist anak masuk sekolah
Melakukan persediaan sebelum menghantar anak ke sekolah adalah penting, bukan sahaja untuk keselamatan mereka, tetapi juga dapat mengurangkan kebimbangan anda.
Ia terutamanya jika si kecil baru memasuki darjah 1. Ini kerana situasinya adalah berbeza sama sekali semasa mereka di tadika mahupun prasekolah.
Pemakaian pelitup muka, antara checklist anak masuk sekolah yang penting
Antara peraturan wajib apabila sekolah dibuka adalah mengenai pemakaian pelitup muka. Berikut tip yang boleh anda pertimbangkan:
Sediakan beberapa keping pelitup muka ekstra setiap hari. Pastikan juga anda menyediakan beg penyimpanan (resealable bag) untuk anak menyimpan pelitup muka apabila tidak memakainya seperti ketika waktu rehat
Sekiranya perlu, anda boleh melabelkan pelitup muka anak dengan jelas supaya tidak tertukar dengan rakan-rakannya yang lain
Ajari anak untuk memakai dan menanggalkan pelitup muka dengan betul
Ingatkan kepada anak untuk sentiasa mencuci tangan terlebih dahulu sebelum dan selepas menyentuh pelitup muka mereka
Gambar via Hello DoktorSekiranya bimbang mengenai ketidakselesaan anak yang perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan, anda boleh menyediakan pelindung muka (face shield).
Tetapi pastikan anda menyemak sama ada peraturan sekolah anak membenarkan pemakaian face shield atau tidak terlebih dahulu.
Amalkan penjarakan selamat apabila sekolah dibuka
Selain pemakaian pelitup muka atau face mask, penjarakan sosial atau penjarakan fizikal juga termasuk dalam checklist anak masuk sekolah yang penting.
Amalan ini dapat mewujudkan ruang yang cukup antara individu bagi mengurangkan penularan penyakit.
Situasi ini boleh dipastikan ketika di dalam kelas, tetapi bagaimana pula jika di luar kelas?
Jadi, di sinilah pentingnya untuk memainkan peranan anda sebagai ibu bapa. Nasihat dan didik anak supaya tidak berkumpul atau berada terlalu dekat dengan rakan-rakannya.
Bekalan semasa rehat
Sebelum COVID melanda, waktu rehat adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Terbayang di fikiran pelbagai makanan yang dijual di kantin sekolah.
Tetapi buat masa kini, cara yang terbaik adalah dengan membekalkan anak makanan untuk dimakan ketika waktu rehat.
Jika berkesempatan, ibu boleh menyediakan bekalan makanan kegemaran anak, pastinya ia akan dapat membantu menaikkan selera mereka. Jangan lupa untuk selitkan buah-buahan sekali, okay? Barulah dikatakan satu hidangan yang sihat!
Sumber: Hello Doktor