Empat lagi kes positif Covid-19 dikesan hasil saringan terhadap individu di pintu masuk antarabangsa (udara dan laut) ke Pulau Langkawi, Kedah pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keempat-empat kes berkenaan melibatkan satu (1) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, satu (1) di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Subang, dan dua (2) lagi di jeti feri Kuala Perlis.
Menurut beliau, sebelum itu seramai 3,454 orang pelancong ke pulau tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19, umumnya dalam satu kenyataan ringkas di Twitter hari ini.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah