
Sekumpulan singa dewasa dilihat berlegar di atas lebuh raya di Afrika Selatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Video tersebut tular di media sosial apabila keempat-empat ekor singa itu mengejutkan pemandu jalan raya apabila tidak ‘menghiraukan’ kenderaan dibelakangnya.

Kejadian ini bermula dengan kelibat empat ekor singa berjalan dengan megah melalui jalan raya itu secara berkumpulan.