Sekurang-kurangnya lima unit rumah di kawasan perumahan rakyat Mantin, Nilai terlibat dalam kebakaran pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin PPgB Priscilla Carol Thomas berkata, kebakaran tersebut melibatkan lima buah rumah yang berkeluasan 18×20 kaki persegi.
Gambar: BernamaEmpat buah rumah musnah 100 peratus manakala satu buah rumah mengalami kemusnahan sebanyak 20 peratus sahaja.
Gambar: BernamaSalah satu mangsa, N Vijaya yang dipapah oleh anaknya ketika memasuki ruang tamu, tidak dapat menahan kesedihan melihat rumahnya yang musnah akibat kebakaran di Rumah Rakyat Mantin.
Sumber: Bernama