Empat Anggota Maut Dalam Insiden Dua Pesawat Tempur Ringan Tentera Indonesia Terhempas
Tentera Udara Indonesia memaklumkan bahawa empat orang anggotanya telah maut dalam insiden dua pesawat tempur ringan yang terhempas baru-baru ini.
Berdasarkan laporan media tempatan, kedua-dua bangkai pesawat telah ditemui di dua lokasi yang berbeza.
Kredit: detik.comMenurut laporan detik.com. dua jenazah pertama yang ditemui adalah Mejar Yuda A Seta dan Kolonel Subhan. Manakala, mayat ketiga yang ditemui pasukan pencarian dan penyelamat adalah Kolonel Adm Widiono.
Sementara itu, jenazah mangsa terakhir Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan teklah ditemui pada petang semalam.
“Sekitar pukul 7 malam (waktu Indonesia Barat), jenazah (Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan) sudah ditemui dan dibawa ke Pangkalan Udara Abd Saleh,” jelas Komoder Udara Agung kepada wartawan di Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh.
Justeru, empat jenazah anak pesawat terbabit bakal disemadikan di Skuadron 21 Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh pada Jumaat, hari ini.
Kredit: detik.comPesawat terhempas ketika menjalani misi latihan
Sebelum ini, dua buah pesawat tempur ringan terhempas di bandar Pasuruan, Jawa Timur sebelum tengah hari Khamis, lapor Jakarta Globe.
Dua pesawat tersebut difahamkan masing-masing telah membawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang sewaktu insidn berlaku.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tentera Udara Indonesia, pihaknya telah mengenal pasti kedua-dua pesawat yang terbabit dalam insiden terbabit.
Kedua-duanya merupakan pesawat tempur ringan model EMB-314 Super Tucano dengan nombor bahagian ekor TT-3111 dan TT-3103.
Berdasarkan rekod, kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang, Jawa Timur.
Dua pesawat berkenaan bersama dua lagi pesawat model Tucano telah menjalankan misi latihan bersama pada 10.50 pagi (waktu tempatan).
Pada jam 11.18 pagi, kawalan udara terputus hubungan dengan kedua-dua pesawat berkenaan. Manakala dua peswat Tucano dilaporkan selamat kembali ke pangkalan pada 11.31 pagi.
Sebelum insiden itu berlaku, empat pesawat itu dilaporkan terbang dalam formasi ‘bentuk kotak’ dan mencapai ketinggian 8,000 kaki.
Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan dan Kolonel Widiono telah menaiki pesawat dengan nombor bahagian ekor TT-3111. Manakala, Mejar Yuda A Seta Kolonel Subhan pula mengendalikan pesawat dengan nombor ekor TT-3103.
BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya
Sumber: detik.com, Sinar Harian