Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini dilapor telah melakukan lawatan ke Space X di Amerika Syarikat untuk bertemu Elon Musk dan meninjau kemudahan tersebut.
Dalam pertemuan tersebut, beliau dilapor membincangkan pelbagai perkara khususnya melibatkan soal pelaburan, inovasi terkini dan teknologi masa depan. Pertemuan itu juga bagi membincangkan secara langsung mengenai peluang kerjasama antara Indonesia dengan manusia terkaya di dunia itu.
Elon Musk ketika diajukan soalan oleh wartawan turut mengambil kesempatan untuk menyatakan pandangannya tentang Indonesia, negara terbesar di Asia Tenggara itu.
“Saya sangat teruja tentang masa depan Indonesia. Pasaran negara ini sangat optimistik dan positif.
“Kita akan melihat secara lebih dekat untuk kerjasama dalam pelbagai bidang kerana Indonesia mempunyai banyak potensi. Lebih-lebih lagi negara ini juga mempunyai bilangan penduduk yang sangat besar.
”Kita memerlukan lebih banyak manusia di masa akan datang,” katanya.
Selain itu, dalam temu bual yang sama beliau turut memuji persona yang ditunjukkan oleh Presiden Jokowi.
”Saya benar-benar bersemangat selepas melihat kerterujaan anda semua. Ia sangat hebat untuk melihat sikap positif seperti ini. Masa depan Indonesia sangat cerah,” katanya lagi.
BACA: Peminat Bola Sepak Pilih Liverpool Sebagai Kelab EPL Paling Dibenci
Indonesia sebelum ini diketahui sedang berusaha membawa masuk Tesla untuk melabur di negara itu, terutamanya dalam perniagaan melibatkan sumber bumi, nikel. Ia merupakan salah satu bahan penting dalam penghasilan bateri kereta elektrik.
Sumber: KompasTV