Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mahu Twitter yang kini sudah di bawah miliknya jadi macam TikTok dan WeChat, memetik Business Standard.
Difahamkan, Musk melontarkan rancangannya itu kepada pekerja Twitter semasa dalam satu mesyuarat secara online bersama mereka baru-baru ini.
Menurutnya, perkara itu termasuklah menjadikan fungsi Twitter lebih menyamai TikTok dan WeChat, iaitu membenarkan komen keterlaluan (outrageous comment).
Malah dia turut berkata, platform Twitter perlu mirip dengan kedua-dua media sosial itu sekiranya matlamatnya – satu bilion pengguna – dapat dicapai.
“Tiada WeChat yang setara di luar China. Secara asasnya kamu hidup berlandaskan WeChat di China.
“Jika kita boleh mencipta semula dengan Twitter, kita akan mencapai kejayaan yang hebat.
“Saya fikir Twitter boleh menjadi lebih baik bagi memaklumkan orang ramai tentang isu serius,” kata Musk ketika mesyuarat online tersebut pada Khamis.
Jelasnya lagi, Twitter sepatutnya menyumbang sesuatu yang lebih kukuh dan tahan lama, di mana manusia lebih mampu memahami realiti.
“Ia perlu jauh lebih mahal untuk mempunyai ‘tentera troll’ (troll army),” tambahnya, mengulas tentang bot pada sistem.
Sumber: Business Standard